Sebut sahaja Korea Selatan, ia merupakan antara destinasi pilihan ramai orang untuk melancong dan pasti ada yang berkeinginan untuk bekerja di sana selepas melihat keindahan negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan membenarkan warga asing dari 16 negara di Asia Tenggara dan Asia Barat untuk bekerja di negaranya di bawah Sistem Permit Pekerjaan (EPS) dan Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kimseri_eina yang merupakan warganegara Malaysia dan juga bekerja di sana telah berkongsi cara untuk bekerja di Korea Selatan dengan sah.

@kimseri_eina

Replying to @ceq_mekmoleq Cara bekerja di Korea Selatan secara sah. cara ke4 paling senang 🥰

♬ Stories 2 – Danilo Stankovic

Menerusi perkongsiannya, terdapat 4 cara untuk warga Malaysia bekerja di Korea Selatan secara sah. Berikut adalah cara-caranya yang anda boleh ikuti:

1. Sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana (Master) atau peringkat Doktor Falsafah (PHD) dan tamatkan pengajian, lalu boleh memohon pekerjaan di sana.

2. Buat bisnes dan jadi pelabur, lalu boleh dapat investor visa untuk bekerja di Korea Selatan.

3. Cari kerja di Malaysia yang mempunyai pejabat di Korea Selatan agar boleh minta ditukarkan ke branch Korea Selatan.

4. Berkahwin dengan warganegara Korea Selatan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja mahu mencuba salah satu daripada cara yang dikongsikan oleh wanita terbabit.

Malah, ada juga netizen berterima kasih kepada wanita terbabit kerana berkongsi cara untuk bekerja di Korea Selatan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan tempat menarik di Korea Selatan yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini.

5 Lokasi ‘Hidden Gem’ Di Pulau Jeju Yang Ramai Tidak Tahu

3 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelancong Malaysia Sewaktu Guna Duit Korea