Menjadi petugas barisan hadapan bukanlah pengalaman yang dapat dirasai setiap daripada kita. Malah buat mereka yang bertugas sebagai petugas kesihatan, pengalaman ini juga boleh dikatakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Jadi tidak hairanlah, doktor selebriti Dr Say Shazril sebelum ini ternanti-nanti peluang untuk menjadi salah seorang sukarelawan COVID-19. Dia yang sebelum ini kecewa kerana tidak dapat menyertai misi sukarelawan itu bagaimanapun baru-baru ini akhirnya berpeluang menyertai Mercy Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setelah puas menunggu, akhirnya hari ni bakal menjadi hari pertama sy memulakan tugas sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia,” kongsinya di Instagram.

Beliau yang ditempatkan di sekitar kawasan merah Pasar Borong Kuala Lumpur menyifatkan keadaan di sana tidak ubah seperti berada di zon perang.

“Kalau kalian tengok berita hari ini, pasar borong ini ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya.

Entrance dikawal ketat tentera dan polis, cukup menyeramkan,” kongsi beliau.

Menceritakan pengalamannya sebagai frontliner ketika itu, Dr Say berkata perasaan itu cukup menggusarkandimana dia sendiri tidak mengetahui apa yang hendak dijangkakan.

“Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok dan dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap hari ini engkau kena swab tekak beratus orang yang mungkin salah seorang ada wabak maut ini.

“Apa perasaan anda? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak dan bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ini?,” soalnya.

Walaupun pengalaman itu cukup ‘menyeramkan’ namun Dr Say berkata dia beruntung kerana ditemani rakan sepasukan yang terdiri daripada pegawai kesihatan dan keselamatan yang sangat membantu.

“Perasaan cuak saya tadi terus bertukar semangat.

“Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang,” kongsinya.

Kami sebelum ini juga pernah berkongsi keadaan di khemah saringan COVID-19 yang ramai tidak tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Situasi Sebenar Khemah Saringan COVID-19 Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Kit Ujian Dengan Ketepatan Seratus Peratus Dari Korea Selatan Bakal Digunakan Kesan COVID-19

70 Vaksin Wabak COVID-19 Telah Dibangunkan, 3 Sudah Diuji pada Manusia