Beberapa Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula diserbu orang ramai selepas kembali dibuka minggu ini, menurut beberapa perkongsian di media sosial.

Ia susulan daripada perkongsian video yang menunjukkan ada daripada kalangan orang ramai yang berlari-lari dan berebut-rebut untuk memasuki premis kerajaan ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya perkongsian video ini yang menunjukkan suasana memasuki premis penguatkuasa ini yang tidak ubah seperti suasana jualan raya yang sering diadakan di penghujung ramadan.

Tertanya-tanya kenapa ia seperti suasana jualan raya? Perhatikan video di bawah yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang dan mula tular di beberapa platform media sosial.

Walaupun kebanyakan laporan mengatakan pejabat-pejabat JPJ ini diserbu, namun perkongsian-perkongsian lain yang dibuat oleh netizen dan beberapa portal menunjukkan tidak semua lokasi diserbu seperti di atas.

Sebaliknya, para pengunjung dilihat cuba mematuhi peraturan dan beratur seperti masyarakat yang bertanggungjawab dan mengamalkan social distancing seperti yang disarankan kerajaan.

Tidak perlu tergesa-gesa

Namun, apa yang penting ketika ini adalah untuk mengelakkan daripada berkumpul dan mengunjungi cawangan JPJ sekiranya urusan anda tidak memerlukan ia untuk diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Selain terpaksa beratur panjang, anda juga berkemungkinan terdedah kepada jangkitan virus COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk dipulihkan dalam tempoh masa terdekat.

Malah, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid seperti dilaporkan Astro Awani pada semalam turut memberitahu orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk hadir ke pejabat itu.

Ini kerana pemegang Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) kerana mereka dikecualikan daripada memperbaharuinya sejak PKP dilaksanakan.

Disaat pejabat kerajaan dan agensi melibatkan urusan penting diserbu, lain pula ceritanya buat perniagaan bubble tea yang pernah popular tahun lalu yang kini terpaksa gulung tikar selepas terkesan dengan PKP. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Bubble Tea Street Di SS15 Subang Jaya Kini ‘Mati’ Kerana Kurang Pelanggan

Hampir 2 Bulan Tutup Kedai Kerana PKP, Netizen Kongsi Gambar Barangan Kulit Dipenuhi Kulat

Panggung Wayang Dipenuhi Kulat Selepas Hampir 2 Bulan Tidak Beroperasi

 

Sumber