Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar dua minggu yang lalu, nampaknya kes melibatkan COVID-19 dilihat semakin kian menular di beberapa negeri di Malaysia. Antara daerah yang melihat peningkatan kes COVID-19 di Pahang adalah Jerantut, Pekan dan Raub.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak telah mengumumkan untuk menghentikan penjualan makanan secara bawa pulang atau takeaway bermula hari ini. Menurut beliau, arahan yang melibatkan sejumlah besar warung dan restoran di tiga daerah ini dibuat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc79r3ip1deyq18x40rfn5
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. Sumber: The Star Online

Difahamkan setakat ini, Jerantut dan Pekan mencatat kes COVID-19 tertinggi di Pahang manakala Raub mencatat keputusan yang turut membimbangkan.

Walau bagaimanapun, para peniaga masih lagi boleh berniaga makanan melalui perkhidmatan secara hantaran ke kediaman pengguna. PKP yang sebelum ini dijadualkan berakhir pada 31 Mac turut dilanjutkan sehingga 14 April setakat ini.

Ketahui juga mengapa Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik tangani penularan wabak COVID-19.

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Mahu Kanak-Kanak Patuhi PKP, Lelaki Ini Sanggup Menyamar Jadi Hantu

Sumber