Seorang lelaki Britain berusia 72 tahun yang tinggal di Thailand menjadi perbualan ramai setelah beliau berjaya bertahan di dalam hutan selama tiga hari dengan meminum air hujan yang bertakung di lopak menggunakan rumput sebagai straw.

Pada 1 September 2021 lalu, Leonard Barry Weller telah menunggang motosikal untuk mengunjungi rakan-rakannya di wilayah Khon Kaen di timur laut negara itu sebelum beliau mendapati dirinya tersesat di tengah-tengah hutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun beliau tersesat, Leonard membuat keputusan untuk meletakkan motosikalnya di kaki bukit hutan dan mulai berjalan seorang diri untuk mencari jalan keluar.

Pada awalnya Leonard berusaha memanjat pokok untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik di sekitarnya, tetapi terpaksa turun semula kerana ribut hujan lebat melanda kawasan tersebut.

Oleh kerana beliau tiada pilihan lain, Leonard terpaksa terus bertahan di dalam hutan Thailand yang sememangnya cukup terkenal dengan habitat hidupan liar seperti harimau, harimau bintang, beruang dan gajah.

Dalam satu rakaman video menunjukkan Weller berjalan dengan berhati-hati keluar dari hutan dengan pasukan penyelamat berada di sekelilingnya. Beliau membuka butang baju kemejanya, berseluar pendek dan tanpa memakai kasut. Beliau kelihatan letih dan mengalami luka kecil di kakinya, tetapi masih dalam keadaan sihat.

Seorang pemburu tempatan berjaya menemui Leonard sedang tertidur di atas susunan batu setelah lelaki berusia 72 tahun itu memanjatnya untuk melihat jalan keluar.

“Ya, saya sangat gembira. Saya tidak pernah berasa begitu bahagia dalam hidup saya.

“Kaki saya sakit, namun saya tetap gembira. Saya hanya mengagumi kerja yang dilakukan oleh pasukan penyelamat ini. Ia membuatkan saya menangis. Mereka melakukan pekerjaan dengan baik,” kata Leonard.

Leonard bertemu kembali dengan pasangannya dari Thailand, Tawee Chaisanrit. Mereka memeluk erat dan menangis sebelum mengucapkan terima kasih kepada para penyelamat.

Tawee yang berusia 49 tahun, memaklumkan melalui telefon bahawa suaminya telah meninggalkan rumah mereka pada hari Selasa dan tidak kembali pulang semula.

Oleh kerana hujan turun dengan lebat, usaha untuk mencari suaminya tidak berjaya. Tawee memberi tahu pihak berkuasa mengenai perkara tersebut pada keesokan harinya.

Leonard merupakan seorang pesara yang telah tinggal di Thailand selama kira-kira 15 tahun. Beliau memberitahu Tawee semasa kejadian beliau mengambil jalan yang berbeza dari kebiasaan lalu menyebabkannya tersesat.

Di Israel pula, 6 warga Palestin berjaya membuat terowong kecil untuk melarikan diri daripada penjara paling ketat di negara tersebut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Umpama Siri ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Dilaporkan Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel

‘Cubaan Menyamar Jadi Toyol’ – CCTV Rakam Dua Lelaki Berseluar Dalam Curi Tabung Masjid

Ahli Politik Yang Tular Setelah Gigit Pingat Emas Atlet Jepun Disahkan Positif COVID-19