Jika sebelum ini anda didedahkan dengan penyusunan inventori gaya KonMari khas untuk pakaian sahaja, namun tahukah anda penyusunangaya KonMari ini juga boleh digunakan dalam penyimpanan sneakers yang pastinya akan membuatkan ruang penyimpanan tersebut nampak lebih tersusun dan menarik.

Gaya penyimpanan ini telah dipertontonkan melalui program khas di Netflix ‘Tidying Up with Marie Kondo’. Siri pertama program ini telah menghadirkan seorang pengumpul kasut yang memiliki lebih 150 pasang kasut mengubah landskap penyimpanan kasutnya sekaligus mendatangkan kepuasan kepada pemilik setelah melihat ruangan tersebut disusun semula. Berikut merupakan antara langkah yang anda boleh ikuti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Susun mengikut jenama atau tema penggunaan

nike konmari
Sumber: Hypebae

Sebagai pengumpul sneakers tegar, anda pasti sudah arif mengenai fungsi, kesesuaian penggunaan atau siri keluaran kasut tertentu. Mulakan penyusunan kasut anda dengan mengelaskan mengikut jenama dan kriteria yang telah disenaraikan.

Untuk menambahkan kekemasan ruangan tersebut, anda bolehlah menyusun mengikut warna. Bukan sahaja cantik dipandang malah ruangan tersebut akan lebih instagramable.

2. Susun mengikut kod pemakaian mingguan

konmari

Jika anda merupakan individu yang menggunakan kasut berlainan setiap hari sepanjang minggu, mungkin agak sukar untuk mengambil dan menyusun semula diantara keseluruhan koleksi kasut anda. Ini boleh menyebabkan ruangan penyimpanan kasut anda tidak tersusun seperti kebiasaannya.

Untuk situasi begini mudah sahaja, anda boleh menyusun barisan kasut tersebut di satu ruangan yang lain atau di ruang penyimpanan yang berhampiran dengan baju anda agar senang untuk memadankan pakaian dan kasut yang akan anda pakai.

3. Susun mengikut kekerapan penggunaan

konmarisneakers

Daripada keseluruhan koleksi kasut anda, pasti ada beberapa pasang kasut yang menjadi kegemaran dan sering dipakai hampir setiap hari untuk semua jenis keadaan. Tidak kurang juga beberapa pasang kasut yang dibeli sehingga hari ini masih belum dipakai dan masih disimpan sahaja.

Situasi ini lebih mudah untuk menguruskan inventori anda iaitu dengan meletakkan kasut yang paling kerap dipakai di barisan hadapan dan kasut yang peling jarang dipakai di bahagian belakang. Susunan boleh diperkemas dengan pemilihan jumlah kasut yang kerap dipakai dan jarang dipakai untuk keseimbangan susunan.

Sumber