Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tiga orang maut di Moscow selepas terjun ke dalam kolam renang yang mempunyai kira-kira 30 kilogram dry ice semasa parti sambutan hari lahir, lapor agensi berita antarabangsa.

Sambutan hari lahir yang diadakan pada hari Jumaat lalu adalah untuk menyambut ulang tahun ke-30 Ekaterina Didenko, seorang influencers Instagram yang mempunyai lebih dari satu juta pengikut.

Menurut DW, dua orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa ketiga, suami kepada Didenko, Valentin meninggal dunia di hospital. Empat lagi dilaporkan mengalami luka terbakar dan keracunan.

Pihak berkuasa Rusia dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa kes ini berlaku disebabkan kemalangan.

DW turut menyatakan bahawa mangsa telah melompat ke dalam kolam yang telah diisi dengan dry ice.

BBC melaporkan bahawa dry ice dimasukkan ke dalam kolam renang bertujuan untuk menyejukkan kolam tersebut setelah tetamu keluar dari sauna dan mengeluh tentang suhu panas. Namun The Moscow Times melaporkan bahawa dry ice dimasukkan ke dalam kolam renang bagi menghasilkan kesan visual.

Berikut adalah cerita lain mengenai instafamous, klik pautan di bawah untuk membaca.

Instafamous Ditangkap, Didakwa Hidup Mewah Kerana Hasil Samun

Instagram Ini Dedahkan Instafamous Dan Selebriti Yang Menggayakan Barang ‘Fake’

‘Instafamous’ Tidak Terlepas Daripada Dikenakan Cukai Pendapatan

Anda Mungkin Suka