Selang beberapa sebelum pelancaran rasmi Apple iPhone terbaru, jenama ini nampaknya hampir pasti bakal mengeluarkan tiga lagi model terbaru pada tahun ini yang dijadualkan bakal dilancarkan sekitar September ini.

Seperti yang anda tahu, Apple iPhone X merupakan model yang bakal dijadikan model contoh buat model-model seterusnya keluaran Apple. Pertamanya, para pengguna nampaknya perlu beralih daripada menggunakan home button kepada iPhone dengan bezelless display.

iphone-x-web-9073

Difahamkan tiga model yang bakal diperkenalkan Apple pada kali ini hadir dengan tiga saiz skrin berbeza iaitu 5.8-inci, 6.1-inci serta 6.5-inci. Dua model daripadanya bakal turut mempunyai spesifikasi dan rekaan yang hampir sama seperti Apple iPhone X. Model mampu milik antara yang bakal turut diperkenalkan dengan pengguna skrin 6.1-inci skrin TFT-LCD.

Dari segi perubahan lain, kemungkinan model iPhone terbaru daripada Apple bakal hadir dengan perubahan dari segi peningkatan RAM sebesar 4 GB dan saiz notch yang bakal dikecilkan berbanding iPhone X.

bgr-iphone-x-2

 

Selain itu, nama bagi setiap model terbaru ini masih lagi menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan September ini bagi menantikan apa lagi perubahan terbaru yang bakal dibawakan Apple bagi tiga model iPhone terbaru.

Baca lagi: Apple iPhone 2019 Mungkin Hadir Dengan Tiga Kamera