Pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan wabak COVID-19. Amaran ini bukan sahaja hadir sebelum acara tahunan terbesar membeli belah dalam talian, tetapi selepas tiga pekerja di sebuah syarikat yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif untuk wabak tersebut, lapor Bloomberg.

Jangkitan itu ditemui di Haohui Ecommerce Co. yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing. Perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar di sana – Xinji dan Jinzhou – serta bandar Shenze telah dihentikan serta merta. Pihak berkuasa China kini sedang menguji bungkusan dan memantau mereka yang terlibat dalam mengendalikan bungkusan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kira-kira 300 bungkusan telah diuji dengan semuanya mendapat keputusan negatif. Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan COVID-19. Ujian sama turut dilakukan di sebuah daerah kecil di Guangxi, selatan China, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar seperti ‘rantaian mel berkaitan covid’.

Sementara itu, pihak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia telah meminta orang ramai yang membeli atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat simptom COVID-19 yang dikesan.

Amaran ini hadir ditengah-tengah acara besar-besaran yang disebut ‘Singles’ Day’ yang bakal berlangsung Khamis ini. Acara beli-belah terbesar ini telah dipegang oleh Alibaba Group Holding Ltd. Sebanyak 500 bilion yuan (AS$78 bilion) berjaya diperoleh pada tahun lalu melalui acara ini sahaja.

China tuduh Amerika Syarikat punca tersebarnya COVID-19 di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India

Saintis China Beri Nasihat, Minta Semua Orang Biasakan Diri Hidup Dengan COVID-19 Selamanya