Atas desakan hidup, ramai orang memilih pelbagai cara dan peluang bagi meneruskan kehidupan akibat wabak pandemik masih lagi belum reda, termasuklah membuat aktiviti-aktiviti jenayah.

Terbaharu, Polis Kedah telah berjaya menahan enam orang suspek (tiga daripadanya anggota polis) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 di sebuah syarikat logistik pada hari Rabu lalu.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1408673464270024705?s=20

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 50 tahun berjaya ditahan di rumah dan pejabat di sekitar bandar raya Kedah antara hari Rabu sehingga Jumaat.

“Dalam kejadian 1.30 pagi Rabu lalu, syarikat logistik yang memungut wang hasil pembelian secara bayar waktu terima (COD) telah dipecah masuk dan sebuah peti besi yang menyimpan semua wang berkenaan telah dilarikan.

“Pada jam 3 pagi hari yang sama, polis menahan seorang lelaki di kawasan berkenaan dan telah menjumpai beberapa barang kes. Siasatan lanjut membawa kepada penahanan lima lagi suspek termasuk tiga anggota polis berpangkat sarjan dan koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar,” katanya dalam satu sidang media.

Tambah beliau lagi, pihak polis giat memburu dua lagi suspek yang masih lagi bebas bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil siasatan telah mendapati suspek telah mengumpil pintu utama premis syarikat kurier tersebut selepas berjaya mematikan kamera litar tertutup dengan menanggalkan fius utama bekalan elektrik yang terletak di luar premis tersebut.

Susulan penahanan kesemua suspek, pihak polis berjaya menemukan wang tunai berjumlah RM263,295 dan mempercayai baki wang yang dicuri masih ada pada dua lagi suspek yang sedang diburu.

“Kita percaya mereka masih berada dalam daerah Kota Setar. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengetahui bagaimana mereka tahu mengenai kewujudan peti besi di dalam premis berkenaan,” terang Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan keenam-enam suspek ditahan reman bermula hari Sabtu sehingga 1 Julai depan.

Satu panggilan kebakaran yang dibuat oleh penduduk setempat telah membongkarkan ‘aktviti khurafat’ yang dibuat oleh jiran mereka selama ini.

Tok Bomoh Berusia 25 Tahun Ditangkap Ketika Sedang ‘Ritual’ Sihir

Edar Produk Di SJR, ‘Bantuan’ Pengasas Jenama Kecantikan Ini Dipersoal Netizen

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi