Beberapa hari lalu, Lembah Klang telah mencatatkan beberapa kes COVID-19 di tempat tumpuan ramai. Susulan daripada itu, beberapa premis telah mengambil keputusan dengan menutup perkhidmatan mereka.

Antara premis yang terkesan adalah pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur, NU Sentral misalnya telah memaklumkan bahawa seorang pekerja di sana telah diuji positif COVID-19 pada Sabtu lalu.

 

10-shopping-kl-sentral

Mereka juga difahamkan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu terbabit untuk menjalani ujian saringan pada hari berkenaan – ujian pertama didapati negatif dan mereka diminta untuk kuarantin selama 14 hari.

KL Gateway pula menyatakan bahawa mereka akan menutup sementara pejabat untuk tindakan lanjut selepas seorang pekerja di Menara Suezcap yang menjadi kontak COVID-19 disahkan negatif.

b_kl_gateway_mall_2i

Pengurusan KL Gateway juga memberi jaminan bahawa rutin pembersihan dan nyah kuman bagi tujuan keselamatan akan diteruskan sambil memohon maaf di atas tindakan yang menyusahkan ramai pihak.

Sementara itu, Sunway Pyramid yang terletak di Petaling Jaya juga telah melakukan proses pembersihan selepas satu kes jangkitan dilaporkan melibatkan pekerja butik Nike di sana.

sunway-pyramid-fb-180820

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, pengurusan Sunway Pyramid berkata bahawa pihaknya akan menitikberatkan soal keselamatan pengunjung dengan memastikan pemeriksaan penjarakan fizikal akan dilakukan dengan ketat dan pemeriksaan suhu serta protokol kesihatan yang lain.

Tambahan daripada itu, mereka juga mengingatkan kepada para pengunjung agar mematuhi protokol kesihatan, sentiasa memakai pelitup muka dan kerap basuh tangan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19.

Untuk membaca laporan lain, klik pautan di bawah.

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat

Untung Besar Di Tengah Pandemik COVID-19, Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion

Anak Malaysia Juga Hebat, Saintis Kita Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19 Pertama Di Dunia

Sumber