Seorang remaja berusia 13 tahun di Kelantan telah dibuli dan dibelasah oleh tiga orang remaja berusia 17 tahun akibat gagal memenuhi janjinya untuk dibelanja makanan segera.

Satu video yang berkisar di halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS menunjukkan remaja terbabit membuli dan membelasah lelaki terbabit di salah sebuah asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Dalam video dengan durasi 26 saat itu, mangsa yang berusia 13 tahun dapat dilihat ditumbuk dan ditendang oleh tiga suspek. Walaupun dia sudah jatuh di lantai, kelihatan tiga remaja terus menerus membelasahnya.

𝗗𝗶𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗴𝘂𝗿𝗮𝘂 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁Kota Bharu: Berang kerana dipermain dengan gurauan untuk dibelanja makanan…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, 9 September 2020

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kepada Harian Metro bahawa berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang disebabkan rasa dipermainkan dengan gurauan untuk dibelanja makanan segera ayam goreng.

“Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit,” katanya kepada Harian Metro selepas video itu tular dan menerima kecaman netizen.

Tidak kira apa pun salah yang dilakukan oleh orang kepada anda, ingatlah bahawa buli bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Terdahulu, sebuah keluarga bertindak menyaman sebuah sekolah selepas anaknya didakwa dibuli hingga mengalami tekanan perasaan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Anak Dibuli Hingga Alami Tekanan Perasaan Melampau, Keluarga Tuntut RM2 Juta Dari Sekolah

Guru Dipenjara 10 Bulan Selepas ‘Buli’ Pelajar Sehingga Maut

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi, Netizen Dakwa Sugu Pavithra Dibuli Di YouTube

Anda Mungkin Suka