Nampaknya adidas bakal tampil dengan 3 pilihan warna baharu untuk koleksi kasut Yeezy BOOST 350 V2. Menurut YEZZY MAFIA, koleksi tersebut akan tersedia di beberapa kawasan terpilih.

Menariknya untuk koleksi tersebut, ia hadir dengan 3 pilihan warna iaitu “Antlia”, Lundmark” dan “Synth”. Bagi warna “Lundmark” akan tersedia di Utara dan Selatan Amerika, manakala “Antlia” akan dipasarkan di Eropah. Bagi “Synth” pula akan dipasarkan di Africa, Australia dan Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi ini akan tersedia di pasaran pada 22 Jun 2019 ini. Pastinya buat peminat model ini akan teruja untuk mendapatkan koleksi Yeezy BOOST V2 ini.