Tahun ini pastinya sedikit sebanyak mengganggu perjalanan anda melancong ke dalam dan luar negara kerana penularan wabak COVID-19. Bagi anda yang sudah mula merancang untuk melancong Jepun pada tahun depan, ini satu berita baik untuk anda.

Difahamkan, tiket kereta api laju Shinkansen ke east Japan akan ditawarkan dengan diskaun 50% bermula pada 20 Ogos 2020 sehingga 31 Mac 2021 yang pastinya akan bantu anda jimatkan perbelanjaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, kereta api laju ke east Japan ini adalah kereta api yang menghala ke Hokkaido. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda tiket Shinkansen yang available.

Shinkansen-Kereta-Api-N700S-Supreme-Jepun-A
Gambar hiasan. Sumber: Amanz

1. Hayabusa: Dari atau ke Stesen Tokyo dan Morioka (Iwate Prefecture).
2. Hayabusa: Tokyo dan Stesen Shin-Hakodate-Hokuto (Hokkaido).
3. Yamabiko: Tokyo dan Fukushima.
4. Nasuno: Tokyo dan Nasushiobara (Tochigi).
5. Komachi: Toyko dan Akita.
6. Tsubasa: Tokyo dan Shinjo (Yamagata).
7. Toki: Tokyo dan Jomo-Kogen (Gunma).
8. Tanigawa: Tokyo dan Niigata.
9. Asama: Tokyo dan Nagano.
10. Kagayaki: Tokyo dan Kanazawa (Ishikawa).
11. Hakutaka: Tokyo dan Itoigawa (Niigata).

Tambang sehala yang paling mahal dalam senarai di atas adalah antara Tokyo dan Shin-Hakodate-Hokuto, yang biasanya berharga 23,230 yen (RM923) dimana potongan itu menjimatkan menjadi 11,620 yen (RM464).

Rancang perjalanan anda dengan bijak jika anda ingin ke Jepun pada tahun depan. Selamat melancong!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tentang Shinkansen pada pautan di bawah ini. 

13 Sebab Kenapa Shinkansen Memiliki Teknologi Terbaik

Pelancong Indonesia Mahu Bergambar Didakwa Punca Kereta Api Laju Di Jepun Lewat 10 Minit

5 Persediaan Penting Buat Anda Yang Ingin Melancong Ke Jepun

Sumber