Jika tiket perlawanan bola sepak pun boleh dijual semula dengan harga setinggi RM500, inikan pula tiket konsert kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK.

Nampaknya tiket konsert BLACKPINK hampir semuanya telah habis terjual semalam dan pastinya bagi mereka yang tidak berjaya membeli tiket berasa kecewa. Konsert BLACKPINK akan berlangsung pada 23 Februari di Stadium Indoor Malawati, Shah Alam.

Cubie
HYPE
Oven ‘Ajaib’ Ini Bakal Bantu Anda Hasilkan Makanan Terbaik Setiap Hari
Baca lagi →

Jualan tiket telah dibuat secara atas talian dan di 7 lokasi yang diumumkan sebelum ini tetapi rata-rata peminat kecewa dengan sistem laman web MacpiePro yang mengendalikan penjualan tiket tersebut.

Bahagian Tiket Sold Out

Kawasan BLINK zone yang semuanya sudah ‘sold out’

Tidak mustahil tiket konsert BLACKPINK ini akan terjual dengan masa yang singkat berikutan popularitinya. Malangnya, ulat tiket di StubHub dan Viagogo berjaya membeli tiket konsert dan menjual tiket dengan harga yang sangat melampau.

Bayangkan harga tiket untuk BLINK Zone yang hanya berharga RM693 dijual semula melebihi RM3,000, malah ada yang menjual melebihi RM11,000. Tiket ini dijual semula di laman StubHub yang terkenal di kalangan reseller.

Stubhub Red

Harga tiket untuk kawasan ‘Red Zone’

Tiket BLINK

Harga tiket untuk ‘BLINK Zone’

Bagi peminat tegar BLACKPINK yang tidak dapat membeli tiket pastinya terpaksa membeli dengan ulat-ulat tiket ini walaupun harganya melampau. Ulat tiket memang pantang nampak peluang buat duit.

Anda Mungkin Suka