Nampaknya tiket konsert band Rock paling popular pada era 80an Guns N’ Roses ‘NOT IN THIS LIFETIME’ Tour Kuala Lumpur telah habis dijual.

Hal ini telah disahkan oleh penganjur mereka iaitu Galaxy Group menyatakan bahawa tiket VVIP yang beharga RM 1288 dan CAT 3 RM 488 sudah pun habis dijual. Manakala tiket untuk kategori CAT 1 (RM988), CAT 2 (RM688) dan CAT 4 (RM288) masih ada berbaki sedikit sahaja lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang hendak membeli tiket konsert ini, pihak penganjur juga berpesan supaya membeli di platform rasmi dan sah seperti BuyTickets & AirAsia RedTix (Malaysia) Sistic (Singapore) TicketMelon (Thailand) dan Damai (China).

Anda masih sempat membeli tiket konsert Guns N’ Roses ‘NOT IN THIS LIFETIME’ sekarang di laman web www.buytickets.com.my. Anda akan dapat potongan harga sebanyak 15% untuk setiap kategori (kecuali VVIP)! Jadi guna kod di bawah untuk anda menebus 15% diskaun untuk setiap tiket yang anda mahukan.