Genting SkyWorld telah dibuka secara rasmi dan ramai orang termasuk pengunjung tempatan serta luar negara tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke taman tema tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @iffart__ yang merupakan pelancong dari Singapura telah berkongsi kekecewaannya apabila berkunjung ke taman tema Genting Highlands itu.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@iffart__/video/7149511634963254529?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Menurutnya, banyak permainan ditutup dan diselenggara membuatkan dia berasa harga tiket tidak setimpal dengan apa yang dia dapat. Bukan sahaja permainan di Genting SkyWorld tetapi permainan di Skytropolis Funlands turut mengalami masalah yang sama.

Walaupun dia berasa kecewa tetapi dirinya masih akan berkunjung kembali ke taman tema Genting Highlands untuk mencuba kesemua ‘rides’ yang tersedia kelak.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen yang telah berkunjung ke taman tema Genting Highlands turut bersetuju mengatakan banyak permainan yang ditutup untuk tujuan penyelenggaraan serta faktor lain.

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan mungkin banyak permainan dalam Genting SkyWorld disebabkan ia baru dibuka dan banyak lagi faktor perlu dipertimbangkan.