Rock The World 2022 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam di anggap sebagai ‘indah khabar dari rupa’ selepas beberapa masalah yang timbul sehingga membuakkan rasa tidak puas hati pengunjung.

Acara perayaan muzik yang menampilkan pelbagai jenis kumpulan ini telah dihadiri oleh beribu orang dari seluruh Malaysia. Selain barisan kumpulan muzik tempatan, RTW2022 – yang meraikan ulang tahun ke-20 – turut menampilkan buat pertama kali sejak penubuhannya iaitu kumpulan muzik asing dari Indonesia.

Baca Juga:

Bagaimanapun, melihat kepada acara yang berlangsung semalam, ramai pengunjung yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan RTW2022.

https://twitter.com/rtwfestivalasia/status/1599079114052624384

Antara yang menjadi isu ketidakpuasan hati pengunjung adalah bab masa, di mana kumpulan yang dijadualkan bermain pada masa yang ditetapkan terpaksa menunggu lama. Kesan daripada pengurusan masa yang tidak cekap ini, kebanyakan kumpulan hanya dapat mempersembahkan 3 lagu sahaja.

Selain itu, pengunjung juga terpaksa beratur panjang untuk masuk disebabkan urusanΒ penebusan tiket yang tidak cekap.

Dalam masa yang sama, pengunjung juga menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan RTW2022 yang seolah-olah menjalankan acara ini dengan sambil lewa.

Kecaman ini tidak hanya berlangsung pada masa acara itu berlangsung, tetapi berjangkit sehingga ke laman Twitter. Melalui ciapan ucapan terima kasih yang dibuat oleh RTW2022, terdapat komen-komen negatif yang dilontarkan oleh pengunjung RTW2022 tahun ini.

Komen pedas dari pengunjung RTW2022 ini sebenarnya berasas kerana festival RTW bukan kali pertama dilangsungkan. Ia telah berlangsung sejak tahun 2000 lagi. Dan masalah teknikal seperti soal masa dan hal pengurusan sepatutnya tidak menjadi masalah untuk sebuah organisasi yang sudah bertapak lama.

Sejak berlangsungnya acara ini semalam, pengurusan RTW masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas di atas permasalahan yang berlaku pada acara RTW2022 tahun ini.