Umum mengetahui bahawa kini anda bebas untuk bergerak ke sana dan ke mari. Oleh itu, ramai yang ingin mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk melepaskan rindu dan juga bercuti untuk bersantai selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Kecoh di media sosial apabila ramai mula luahkan rasa kecewa mereka apabila harga tiket penerbangan meningkat secara mendadak dan mahal. Lebih mengejutkan, apabila harga one way ke Sabah dan Sarawak mencecah ribuan ringgit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen berharap harga tiket penerbangan domestik dapat dikurangkan kerana harga yang terlalu mahal membuatkan ramai tidak mampu untuk membelinya. Mungkin para pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak yang perlu pulang ke Universiti mereka kelak juga akan menghadapi masalah kerana harga tiket yang mahal.

Apakah pendapat ada berkaitan isu ini? Pastinya hal ini sedikit sebanyak membuatkan anda batalkan niat untuk melancong menaiki kapal terbang. Walau bagaimanapun, tiada pengumuman dan penerangan dibuat syarikat-syarikat penerbangan Malaysia berkaitan isu tersebut.

Sementara itu, buat anda yang ingin melancong di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kami kongsikan beberapa artikel destinasi pilihan untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

Keindahan ‘Sunset’ Di Pulau Jerejak Ini Destinasi Terbaik Buat Mereka Yang Mahukan Ketenangan

Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai