Umum tahu, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, pergerakan orang ramai untuk melancong ke luar negara telah disekat sekaligus memaksa para pelancong untuk melancong dalam negara sahaja. Keadaan ini secara tidak langsung telah membuatkan syarikat penerbangan mengehadkan penerbangan.

Dalam usaha untuk menghidupkan industri penerbangan, syarikat penerbangan Australia, Qantas tampil dengan idea menawarkan penerbangan tanpa destinasi khusus buat mereka yang merindui suasana penerbangan. Dalam erti kata lain, penerbangan ini bakal berlepas dan mendarat pada destinasi yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
5ca38db977584e25b232f406
Sumber: Business Insider

Menerusi penawaran Qantas, mereka yang berminat berpeluang terbang menaiki Boeing 787 Dreamliner selama tujuh jam. Tidak hanya menawarkan suasana yang dirindui ramai, penerbangan ini turut menawarkan servis layanan istimewa menampilkan para selebriti.

Siapa sangka, idea Qantas untuk menjalankan penerbangan tanpa destinasi ini telah disambut baik dimana sebanyak 134 tiket penerbangan yang ditawarkan menampilkan tempat duduk ekonomi, ekonomi premium dan bisnes laris terjual dalam tempoh 10 minit sahaja. Harga tiket yang ditawarkan bermula daripada AUD 787 (~RM2,357.77) sehingga AUD 3,787 (~RM11,345.47).

Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap penawaran tiket penerbangan ini, Qantas sedia untuk menawarkan lebih banyak penerbangan tanpa destinasi selepas dilihat orang ramai jelas merindui suasana penerbangan.

Tular pada minggu ini apabila terdapat pengunjung yang ke hotel 5 bintang di Port Dickson dengan membawa periuk nasi dan tilam sendiri.

Peraturan Diperketat, Pengunjung Hotel 5 Bintang Bawa Periuk Nasi Dan Tilam Sendiri Buat Netizen Berang

Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’