Nampaknya kehangatan filem Avengers: Endgame tidak dapat disangkal lagi. Malah, tiket filem tersebut boleh dibeli untuk tayangan awal (awal sehari daripada tayangan rasmi).

Filem ini akan ditayangkan pada 26 April 2019 di Amerika Syarikat dan adalah mengejutkan apabila tiket wayang filem tersebut yang mula dibuka untuk jualan semalam telah mula dijual kembali oleh individu di lama eBay.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiket filem tersebut dijual di eBay berikutan permintaan yang cukup tinggi bagi menonton filem tersebut lebih awal daripada tayangan rasmi di Amerika Syarikat. Harga yang dibuka untuk bidaan tiket berkenaan bermula daripada USD50 (~RM204) atau secara buy it now pada harga USD200 (RM~814).

Apa pun, peminat di Malaysia jauh lebih bertuah berbanding peminat Marvel di negara lain apabila kita dapat menonton Avengers: Endgame seawal hari Rabu (25 April 2019). Itu pun jika anda sempat membeli tiket Endgame ini semalam.

Pastinya bagi peminat tegar marvel di sana yang tidak dapat membeli tiket terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal jika mahu menonton awal. Nampaknya bukan sahaja di Malaysia ada ulat tiket, di Amerika Syarikat pun ada.

Screenshot 2019-04-03 at 11.38.58 AM

Screenshot 2019-04-03 at 11.44.16 AM

Sumber