Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tahukah anda bahawa jika anda menjadi seorang pencipta kandungan di TikTok, bayaran yang anda peroleh mungkin akan melebihi mereka yang kerja di pejabat. Perkara ini mungkin tidak masuk akal, tetapi ketahuilah bahawa di zaman serba moden ini, pelbagai peluang hidup yang terbuka bagi mereka yang berusaha.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pengguna media sosial Twitter, @razharaman telah memuat naik satu gambar, di mana seorang individu mengaku terima bayaran yang tinggi sepanjang beliau menjadi pencipta kandungan.

Melalui tangkap layar kenyataan individu terbabit, dia mengaku bahawa dia adalah seorang pelajar ijazah sarjana muda dan dalam masa yang sama beliau juga seorang pencipta kandungan.

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →

“Purata pendapatan saya di TikTok selama sebulan ialah kira-kira $1,000 (RM4,000 sesuatu). Jumlah tertinggi yang saya perolehi $2,600 (RM12,000). Saya memperoleh daripada hadiah video, ulasan (kadang-kadang) dan hadiah di Live (selalunya). Saya lakukan Live hampir setiap hari atau di masa lapang. Saya mendapat minimum $50 sehari selama 2 jam (berdasarkan pemerhatian saya),” kata individu terbabit.

Selain itu, beliau turut akui bahawa ada pencipta kandungan yang berjaya mendapat sehingga RM10,000 sehingga RM20,000 sebulan.

Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa individu di Twitter yang mengakui bahawa mereka mendapat wang bulanan hasil daripada video di TikTok. Selain itu, sebahagian netizen turut terkejut dengan pendedahan ini.