Bermula dengan kecaman, siapa sangka TikTok kini semakin menjadi pilihan ramai seluruh dunia serta sudah berjaya mengumpul sekitar 800 juta pengguna dalam tempoh yang singkat.

Kehadiran aplikasi ini walau bagaimanpun turut terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu sekuriti. Dalam pada itu, ramai yang berpendapat isu yang terpalit dengan aplikasi ini adalah sebahagian daripada cubaan Amerika Syarikat dalam menyekat kemaraan aplikasi dari China ini.

Dalam usaha untuk memecah monopoli TikTok, Facebook selaku syarikat media sosial yang sudah beroperasi hampir 17 tahun sedia untuk memperkenalkan fungsi terbaru pada Instagram yang dinamakan sebagai Instagram Reels.

Secara asasnya, fungsi terbaru Instagram ini menawarkan fungsi yang hampir sama seperti TikTok namun bakal memudahkan ramai melihatkan jumlah pengguna Instagram yang ramai serta lebih mesra pengguna. Walau bagaimanapun, pengenalan Instagram telah diperli TikTok melalui laman Twitter mereka.

Kehadiran fungsi terbaru Instagram ini sedikit sebanyak pastinya dapat mengurangkan ‘kerinduan’ pengguna di Amerika Syarikat dan India yang sedia untuk menyekat aplikasi TikTok.

Melihat kepada jumlah Instagram yang ramai, agak menarik untuk menyaksikan bagaiman Instagram Reels sedia mencabar TikTok dalam menawarkan fungsi yang lebih baik dalam menarik perhatian pengguna.

Pada awal minggu ini Donald Trump telah memberi masa 45 hari kepada pemilik China untuk menjual aplikasi TikTok.

Donald Trump Beri Masa 45 Hari Kepada Pemilik China Untuk Jual Aplikasi TikTok

Daftar Tetapi Tidak Hadir, Peminat K-Pop Dan TikTok ‘Sabotaj’ Perhimpunan Donald Trump