Menanggalkan kesan minyak di bekas simpanan makanan atau Tupperware sentiasa saja menjadi masalah besar buat kita bila berada di dapur.

Tidak kira berapa banyak cecair pencuci dan pelbagai teknik yang digunakan, kesan minyak ini seperti mustahil untuk dihilangkan.

Namun perkongsian untuk menghilangkan kesan minyak di Tupperware atau bekas penyimpanan makanan anda daripada TikTok ini pasti akan menyelesaikan masalah anda terutama yang sentiasa mengisi Tupperware anda dengan makanan berminyak.

1

Sabun, tisu dan air

Dengan hanya menggunakan tiga bahan yang boleh didapati di dapur seperti sabun pencuci pinggan, tisu dan semestinya air, kesan minyak yang melekat di Tupperware anda akan hilang dalam masa beberapa saat sahaja.

Selepas memasukkan sabun pencuci pinggan pilihan, anda hanya perlu memasukkan sekeping tisu ke dalam Tupperware yang ingin dibersihkan. Ya hanya tisu, air dan juga sabun pencuci pinggan.

tisu sabun

Selepas memasukkan kesemua bahan tadi, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menggoncangkan bekas tersebut untuk beberapa saat sehingga ia berbuih.

Berikut adalah perbandingan sebelum dan selepas bekas Tupperware yang telah dibersihkan dengan cara seperti yang dikongsikan di atas.

sebelum
Sebelum dibersihkan

selepas

Masih ragu-ragu dengan hasil yang akan diperolehi? Apa kata anda menonton sendiri beberapa perkongsian TikTok  yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Tips ini bukan sahaja digunakan di Malaysia malah ianya juga turut dikongsikan beberapa pengguna TikTok dari luar negara sebelum ini.

@ajezzzzzzz

Cara nak bersihkan bekas dengan kesan degil nak mampus. #fyp #tips #tipsdapur

♬ Classical Music – Classical Music

@facesbyadi

This hack has saved so many of my Tupperware friends. Try it!!!! #fyp #cookingvideos #cookinghacks #lifehacks #hacks #stainremover #foryou #foryoupage

♬ original sound – adikempler

Aplikasi TikTok kini semakin diterima ramai malah bekas PM Tun Dr Mahathir juga kini mempunyai akaunnya sendiri. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Usia Bukan Penghalang, Tun Mahathir Kini Miliki Akaun TikTok Sendiri

Tidak Sekadar Mengajar Mandarin, TikTok Ini Turut Didik Netizen Pantang Larang Masyarakat Cina

TikTok Perli Instagram Selepas Hasilkan Aplikasi Pencabar

Sumber