TikTok merupakan aplikasi yang semakin popular dengan 500 juta pengguna di 150 negara. Terbaru, TikTok telah mengumumkan kerjasama bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi melancarkan pertandingan #CampusIdol.

Pertandingan yang dianjurkan pada 20 November hingga 4 Disember itu bakal mencungkil bakat di kalangan pelajar di semua universiti di Malaysia termasuklah UiTM, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur, Aswara dan MSU.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

56AE817B-F6A0-4981-9AEB-E2D7731B53EB

Kepada pelajar yang ingin menyertai pertandingan TikTok ini, mereka perlu mempunyai kad pelajar yang sah dan boleh memuat naik video di dalam kategori tarian, lakonan, seni dan muzik.

Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tontonan video, Likes, dan perkongsian di media sosial dan bakal membawa pulang hadiah bernilai RM11,000 dan peranti Honor setelah keputusan diumumkan pada 7 Disember ini. Anda boleh tekan di sini untuk update terkini tentang kempen #CampusIdol ini.