Kemboja merupakan sebuah negara yang paling teruk terkesan akibat peninggalan bekas perang dan sehingga kini kerajaannya masih lagi bergelut dengan masalah untuk menghapuskan periuk api bawah tanah di tanah air mereka.

Difahamkan, periuk api mula ditanam di seluruh Kemboja sejak berlakunya Perang Saudara Kemboja melibatkan Parti Komunis Kampuchea diketuai oleh Pol Pot dan sekutunya Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) yang menentang kerajaan naungan Raja Kemboja pada lewat tahun 1960-an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih kurang empat hingga enam juta periuk api telah tertanam di negara tersebut. Akibat terpijak periuk api, seramai 64,000 rakyat Kemboja telah terkorban dan ini mencatatkan angka kematian serta kecacatan kekal (kes kudung) tertinggi kesan daripada bahan letupan ini, direkodkan berlaku antara tahun 1970 dan 1998.

Seluruh jiwa rakyat Kemboja dilanda sengsara akibat periuk api. Tidak cukup dengan itu, situasi negara ini bertambah parah apabila derita kemiskinan yang melampau turut melanda rakyatnya sehingga hari ini.

IMG_20210606_203153
Magawa si tikus yang dilatih menghidu bau bahan letupan. Kredit: DW

Oleh itu, dalam usaha membersihkan periuk api di Kemboja, seekor tikus raksasa Afrika dengan gelaran nama Magawa, diimport dari Tanzania telah dilatih oleh badan amal, Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) untuk menghidu lokasi periuk api yang tertanam di Kemboja.

Magawa kemudiannya dipindahkan ke Siem Reap dan mula ‘berkhidmat’ sebagai penghidu bahan letupan dalam misi pembersihan periuk api serta objek letupan di Kemboja pada tahun 2016.

Kini setelah lima tahun berkhidmat untuk Kemboja, Magawa dilaporkan bakal bersara daripada tugasnya itu. Kenyataan ini telah diumumkan secara rasmi oleh Pengarah APOPO, Michael Hiemen pada Sabtu, 5 Jun yang lalu.

IMG_20210606_203225
Magawa kelihatan keletihan setelah lima tahun berkhidmat untuk Kemboja. Kredit: APOPO

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Magawa sudah membantu Kemboja mengesan 71 periuk api dan 38 objek letupan sekaligus membersihkan kawasan seluas kira-kira 225,000 meter persegi iaitu bersamaan 42 padang bola sepak.

“Disebabkan tugas itu, Magawa menjadi semakin letih dan perkara yang terbaik adalah dengan merehatkannya. Kini, Magawa boleh menghabiskan sisa hidupnya dengan melakukan perkara yang disukainya seperti memakan pisang dan kekacang,” kata Michael memetik laporan Al-Jazeera.

IMG_20210606_202741
Magawa mendapat anugerah Pingat Emas PDSA pada September tahun lalu. Kredit: Al-Jazeera

https://www.youtube.com/watch?v=I55Sgoy7SZE

Untuk rekod, Magawa yang kini berusia 7 tahun merupakan tikus pertama yang dianugerahkan Pingat Emas PDSA (Program Anugerah Haiwan) pada September 2020 tahun lalu setelah berjaya mengesan bau 39 periuk api dan 28 bahan peledak tidak meletup di Kemboja. Selamat bersara dan terima kasih ‘Kapten’ Magawa.

Gambar pergaduhan epik tikus ini berjaya dipilih sebagai ‘Wildlife Photographer of the Year’. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Gambar Pergaduhan Epik Tikus Ini Berjaya Dipilih Sebagai ‘Wildlife Photographer Of The Year’

Artis Ini Bina Restoran Khas Untuk Tikus Di Sweden

G-SHOCK Raikan Tahun Baharu Cina Dengan Jam Edisi Khas Bertemakan Tahun Tikus

Sumber