Filem Till death: Azalea’s Wrath merupakan karya filem pertama tempatan yang ditayangkan secara eksklusif di Netflix. Filem tersebut telah ditayangkan di seluruh dunia pada 9 Ogos 2019 yang lalu.

Menurut pengarah filem tersebut, Sein Qudsi bersyukur kerana naskhahnya ditayangkan di Netflix. Malah dia berharap kerjasama tersebut akan membuka peluang platform perkhidmatan strim itu menerbitkan kandungan asal tempatan pula selepas ini.

Ini pastinya satu peluang yang baik untuk industri tempatan untuk menghasilkan karya yang sesuai dengan penonton tempatan dan juga sesuai ditayangkan di Netflix. Jika dilihat, Netflix merupakan satu platform yang luas dan membolehkan filem itu ditonton di seluruh dunia.

12
Sumber: Says
13
Sumber: Says

Sedikit sinopsis tentang filem Till Death: Azalea’s Wrath ini, ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang telah berpindah ke rumah baru untuk memulakan kehidupan baru setelah kehilangan anak mereka kerana komplikasi ketika bersalin. Akan tetapi, rumah baru yang mereka duduk tersimpan sejarah hitam dan ketakutan dalam hidup mereka baru sahaja bermula.

Untuk pengetahuan anda, filem ini dibintangi pelakon handalan iaitu Khir Rahman, Vanidah Imran, Nam Ron, Kodi Rasheed, Zain Hamid dan Zulaika Zahary. Apakah kesudahan filem ini? Adakah pasangan suami isteri tersebut akan terselamat daripada ‘gangguan’? Anda harus menonton filem ini di Netflix bagi menunjukkan sokongan pada industri tempatan.

Sumber