Pernahkah anda membayangkan kehidupan menjadi seorang yang terlalu bernilai dalam sebuah syarikat sehinggakan anda diwajibkan menaiki penerbangan peribadi sahaja. Situasi ini ternyata berlaku kepada individu bernama Tim Cook dan beliau adalah CEO kepada syarikat Apple.

Disebalik kontroversi dan spekulasi sepanjang mengemudi syarikat Apple, Tim Cook ternyata berjaya memberi keuntungan yang tinggi buat syarikat Apple. Kehadiran Apple iPhone X disertakan dengan beberapa model juga bakal turut meningkatkan nilai syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

104707859-GettyImages-846110170.1910×1000

Berdasarkan laporan daripada BigBible, gaji pokok yang diterima Tim Cook pada tahun 2017 adalah $3.06 juta (~RM12.44). Jumlah yang tidak terlalu tinggi berbanding pencapaiannya. Dalam pada itu, beliau turut dianugerahkan bonus atas prestasinya pada tahun ini serta insentif sebagai pemegang syarikat yang membolehkan beliau menerima sebanyak $102 juta (~RM414.58 juta).

Berdasarkan pencapaiannya juga, Apple telah menghadiahkan Tim Cook sebuah jet peribadi untuk mengurangkan risiko melibatkan kecelakaan kepada dirinya. Untuk pengetahuan anda, Apple turut melakukan perkara yang sama buat Steve Jobs pada tahun 2000.

image

Dengan polisi ini, Tim Cook hanya dibenarkan menggunakan jet peribadi khas meskipun hanya untuk tujuan bercuti. Awesome bukan?

Sumber