Sekitar Jun lalu, kampung di Pitas, Sabah tular apabila Veveonah Mosibin selaku pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian.

Video beliau seterusnya menjadi perhatian ahli politik serta pihak bertanggungjawab dalam menghulurkan bantuan serta capaian internet yang lebih pantas.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →
unnamed (5)

Sumber: YouTube Veveonah M.

Isu yang tular ini walau bagaimanapun telah dijawab oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia di Dewan Negara yang mendakwa dakwaan Veveonah Mosibin yang terpaksa panjat pokok untuk menjalani peperiksaan adalah palsu.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zahidi telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Isu menjadi lebih panas apabila terdapat kenalan Veveonah yang mengakui beliau sememangnya sedang menjalani peperiksaan pada ketika ini serta turut mengongsikan jadual peperiksaan UMS.

Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin…

Posted by Zahidi Zainul Abidin on Thursday, 3 September 2020

Bukti yang diberikan secara tidak langsung membidas kenyataan Datuk Zahidi sekaligus membuatkan isu ini menjadi semakin hangat.

Menerusi status terbaharu Datuk Zahidi yang membuat kenyataan di Dewan Negara, Datuk Zahidi telah memaklumkan beliau telah menerima maklumat yang tidak tepat mengenai isu Veveonah. Beliau juga akan tampil membuat pembetulan  di Dewan Negara Isnin ini. Beliau juga berharap Veveonah terus maju dalam setiap bidang yang diceburi.

Anda boleh baca isu awal mengenai kes yang tular ini dengan klik pautan di bawah.

Hanya Untuk Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube

TM Lawat Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Di Sabah

Anda Mungkin Suka