Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan tindakan beberapa orang individu yang dipercayai pasukan bomba sukarela dari Pulau Pinang bertengkar dengan dua pekerja di sebuah plaza tol kerana enggan membayar tol.

Lantaran itu, orang ramai mengecam tindakan individu terbabit yang dipercayai menghantar bantuan kepada mangsa banjir tetapi mahu dikecualikan daripada membayar tol. Terbaharu, menerusi akaun TikTok pasukan bomba sukarela itu, pihaknya telah menerangkan hal sebenar.

@pbslunas

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA BERKAITAN ISU YANG TERTULAR BARU2 INI!!!

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull eSport

Menerusi video dikongsi, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menyiasat hal tersebut. Malah, LLM telah memaklumkan pihak konsesi supaya kenderaan bukan Kerajaan yang digunakan untuk tugas melawan kebakaran dan tugas menyelamat hendaklah diberikan pengecualian daripada bayaran tol.

Bukan itu sahaja, pihak DUKE turut telah meminta maaf kepada pasukan bomba sukarela atas insiden yang berlaku disebabkan berlaku kekeliruan oleh jurutol yang bertugas. Walau bagaimanapun, penyelia yang bertugas ketika itu telah membenarkan kenderaan tersebut melepasi plaza tol tanpa sebarang caj. Malah, pihak DUKE akan mengemaskini SOP operasi tol dari semasa ke semasa agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Bagi anda yang terlepas insiden ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mahu Hantar Bantuan, Tindakan Individu Ini Bertengkar Enggan Bayar Tol Undang Pertikaian Netizen

Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP