Baru-baru ini bersesuaian dengan seruan pihak kerajaan untuk menawarkan tarif internet yang lebih berbaloi buat para pengguna, TIME telahpun menurunkan harga serta menaikkan kelajuan internet sehingga 1Gbps buat para pengguna.

Meskipun menawarkan pakej yang lebih berbaloi berbanding pengguna, nampaknya TIME tidak terlepas daripada aduan pengguna dimana rangkaian pengawaran jalur lebar TIME cuma tertakluk di beberapa kawasan sahaja khususnya apartment dan kondominium.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai aduan pengguna yang mahukan rangkaian TIME ditawarkan di rumah teres, syarikat ini menegaskan mereka sedia maklum mengenai aduan yang diterima. Walaubagaimanapaun, mereka telah dihalang dan tidak menerima kebenaran untuk menanam tiang di kawasan rumah teres. Hal ini secara tidak langsung merujuk kepada monopoli syarikat pesaing.

Pihak TIME juga menegaskan mereka tidak berminat untuk menumpang rangkaian lain untuk mengelakkan daripada masalah melibatkan kegagalan untuk mendapatkan kelajuan seperti yang diharapkan dan sebagainya.

Dalam pada itu, TIME mengatakan mereka masih komited untuk menawarkan yang terbaik untuk lebih ramai pengguna. Setakat ini syarikat internet ini telahpun mempunyai 600,000 jumlah pengguna.

Sumber