Internet zaman sekarang sudah menjadi keperluan. Tak ada TV tidak mengapa asalkan ada Internet. Macam tak ada macaroni tak apa asalkan dapat makan nasi dengan lauk-pauk.

Hari ini seperti biasa bila bangun pagi akan mula mencari perkembangan-perkembangan terbaru tentang negara tercinta. Mata tertumpu pada posting Amanz.my di news feed Facebook tentang berita TIME menawarkan 500Mbps. Dalam hati, ini sudah terlebih lebih laju daripada UniFi, pembekal internet kegemaran rakyat tempatan.

Pengumuman 500Mbps ini tidaklah terlalu mengujakan buat saya kerana selama 3 tahun memakai TIME 8Mbps ini saya sudah cukup puas hati. Tidak pernah tidak happy dengan TIME. Bagi saya, 8Mbps sudah cukup untuk saya melakukan kerja-kerja saya, menulis, upload sekeping dua gambar dan video, browsing dan layan YouTube. Even layan siri tv seperti Game of Thrones, Spartacus, Narcos dan Breaking Bad dalam ultra HD di Netflix pun 8Mbps dah cukup smooth.

Kali terakhir saya buka lawan web TIME saya lihat sudah tiada pakej 8Mbps. Cuma yang ada pakej bermula dengan 10Mbps. Tapi pagi ini selain pengumuman 500Mbps pada harga RM299/sebulan, pengguna sedia ada seperti saya ini dapat Speed Upgrade daripada 8Mbps ke 100Mbps tanpa sebarang caj tambahan. Bermakna saya masih membayar dengan harga yang sama tapi dengan kelajuan 10 kali ganda laju. Selain itu kontrak juga tidak berubah.

time-fiber-vocket-2

Jika dulu 100Mbps ada kuota, pakej yang dinaik taraf ini unlimited kuota. Terasa seperti pelanggan yang dihargai. Lowyat juga melaporkan selain pengguna pakej 8Mbps, pengguna 15Mbps sedia ada dinaik taraf kepada 300Mbps. Memang power.

Bagi yang tertanya tentang coverage TIME, mereka hanya cover ‘high rise building’ iaitu kondo, apartment atau bangunan pejabat tinggi-tinggi. Mereka hanya memfokuskan kepada pelanggan yang berada di bangunan-bangunan seperti ini. Anda boleh semak coverage di laman web TIME.

Walaupun ada yang memberi komen stability TIME tidak setanding UniFi, tapi sejak menggunakan TIME 3 tahun dulu belum pernah lagi saya stress sebab Internet. Setakat gangguan Internet adalah dalam dua tiga kali. Itu pun tidak lama. Ia betul-betul bergantung kepada pengalaman penggunaan sendiri. So far, saya happy dengan TIME.

Sebelum menggunakan TIME saya guna UniFi 5Mbps. Kiranya, saya mempunyai dua internet pada waktu itu sebelum saya ambil keputusan potong UniFi selepas lebih kerap memilih TIME sebagai connection utama.

Screenshot-2016-03-23-10.13.22-2

Saya juga ingin kongsi pengalaman berurusan dengan customer support mereka. Ini pengalaman sendiri dan saya tidak tahu pengguna TIME yang lain macam mana. Saya selalu terlewat bayar sehingga internet sudah kena potong baru sibuk nak cek bil dan bayar. Apa yang best, saya hanya perlu bayar online, emel bukti pembayaran dan minta mereka sambung semula. Tidak sampai setengah jam internet akan disambung. Tidak kira waktu. Pernah sekali saya berurusan pukul 1 pagi. Steady saja mereka sambung semula Internet saya.

Pengalaman ini saya tak ada dengan ISP lain yang mana memerlukan kita go through all the hustle dengan operator mereka dalam telefon. Kalau tak nak emel pun boleh telefon TIME dan cakap untuk sambung semula. Percayalah, operator mereka tak cakap banyak, tak tanya banyak, terus sambung.

Itulah serba sedikit pengalaman saya dengan TIME. Sekarang ini tengah fikir nak buat apa dengan speed 100Mbps. Sebelum ini paling laju pun 50Mbps sebab untuk pakej 8Mbps, TIME bagi 30 jam untuk boost jadi 50Mbps.

Best dan menarik macam mana sekali pun kalau kawasan anda tidak ada coverage tak berguna juga. Guna saja yang lain seperti UniFi. Kena hadap sikitlah dengan harga yang mahal. Di kampung saya pun, saya masih menggunakan Streamyx 4Mbps. Itu saja yang ada.

So, kalau ada sebarang soalan atau apa-apa penambahan pengalaman tentang TIME boleh kongsi di ruang komen.