Tidak dinafikan kini kita sangat mendambakan internet berkelajuan tinggi untuk pelbagai tujuan. Pelan internet yang sedia ada di dalam pasaran sudah berada di tahap yang optimum tapi masih boleh dinaik taraf seperti negara-negara jiran lain.

TIME kini melancarkan secara rasmi pelan baharu berkelajuan 2Gbps buat pengguna tempatan. Pelan ini bakal ditawarkan pada harga RM379 sebulan untuk kawasan yang terpilih secara berperingkat dan akan merangkumi lebih banyak kawasan dalam beberapa bulan lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Time

Selain diberikan sebuah penghala, pakej ini juga didatangkan dengan dua mesh WiFi 6 untuk memperluaskan gelombang internet di dalam ruang rumah anda. Utuk kawasan yang tersedia, TIME juga menyediakan perkhidmatan pemasangan pada hari yang sama bagi pelanggan baru yang melanggannya sebelum 10 pagi.

Bagaimanapun, pengguna perlu memastikan peranti yang digunakan mampu menyokong kelajuan 2Gbps untuk memanfaatkannya. Selain memperkenalkan pelan baharu, TIME turut memperlihatkan logo baharu jenamanya yang mana tampil identiti yang lebih mesra serta diilhamkan daripada muka jam.

Sumber Gambar: Time

Pada November kelak, TIME akan melancarkan Pakej MyKabel yang menyasarkan premis yang masih kurang ditembusi jalur lebar berkelajuan tinggi dan stabil. Jika anda mendaftar secara dalam talian, TIME menawarkan kredit tambahan RM200 Touch ‘n Go jika anda mendaftar pelan 2Gbps ini di laman web rasmi TIME bermula dari esok.

Setakat ini, sebanyak tiga lokasi TIME dengan kepantasan 2Gbps ditawarkan iaitu di Mont KiaraSegambut dan Desa Park City. Anda yang berada di kawasan ini berpeluang mendapatkan kepantasan internet maksima menerusi pelan terbaru TIME ini.

Sumber