Jika sebelum ini TIME telah menawarkan peningkatan kelajuan buat para pelanggan, pada kali ini TIME ingin menawarkan lebih lagi dimana para pengguna lama dan baru berpeluang mendapatkan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih rendah.

Melalui pakej terbaru yang ditawarkan TIME, para pengguna berpeluang mendapatkan internet dengan kelajuan 100Mbps pada harga RM99 sebulan. Selain itu, beberapa pakej lain turut ditawarkan pada harga yang lebih berbaloi berbanding pesaing dimana pakej 500Mbps ditawarkan pada harga RM139 manakala pakej 1Gbps pula pada harga RM199 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
43266605_2226442040730343_4964635057739268096_n
Sumber: Facebook TIME Internet

Dari segi kadar yang ditawarkan, difahamkan TIME telah mengehadkan kadar muat naik kepada 500Mbps buat pakej 500Mbps dan 1Gbps. Pada kami ianya sudah cukup pantas dan tidak memberi kesan buat majoriti pengguna.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi serta rangkaian TIME menyokong kawasan anda, mendapatkan pakej terbaru ini antara yang berbaloi dengan pilihan kontrak selama 12 atau 24 bulan.