Indonesia merupakan pasaran terbesar automotif di Asia Tenggara diikuti oleh Thailand. Persamaan kedua negara ini tidak mempunyai kereta jenama tempatan.

Ketika Indonesia diperintah oleh Suharto, beliau menyedari hakikat bahawa Toyota menguasai pasaran automotif domestik paling tinggi. Pada pandangan Suharto, jika Indonesia mempunyai syarikat kereta nasionalnya sendiri, pasti lebih mudah menguasai pasaran domestik sehingga 60% dengan formulanya jual tanpa cukai.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Sehinggakan agenda kereta nasional Indonesia sering menjadi bahan kepada ahli politik pada era 90-an. Bukan itu sahaja, jenama Proton sering menjadi perbandingan di Indonesia. Untuk pengetahuan, Proton pernah menguasai pasaran kereta di Malaysia sehingga 60% walaupun pasaran kereta di Malaysia jauh lebih rendah berbanding Indonesia.

arsip-tommy-21

Pada tahun 1990, Suharto mengenakan syarat kepada pengeluar kereta di Indonesia yang baru, jika mahukan insentif rebat cukai kereta mestilah dipasang di Indonesia atau berdepan dengan cukai 300% kereta import.

Indonesia juga mengenakan syarat 60% komponen mestilah dihasilkan di Indonesia dan Toyota Kijang merupakan kenderaan pertama yang menepati syarat kerajaan Indonesia.

Pengaruh Tommy Suharto

1532340315-pdb500c5388d13243e57624194c0eadf4

Tommy merupakan anak bongsu kepada Suharto. Beliau mempunyai minat yang mendalam pada kereta berprestasi tinggi dimana beliau turut mengambil alih syarikat supercar Aero Vector pada 1993 dan Lamborghini pada 1994.

Menggunakan pengaruh bapanya, akhirnya Tommy berjaya menubuhkan TIMOR pada 1996 dengan pantas dan menjadi syarikat kereta nasional pertama Indonesia dengan bantuan dana kerajaan Indonesia.

TIMOR diambil dari singkatan Teknologi Industri Mobil Rakyat, kereta yang dikeluarkan sebenarnya adalah kereta dari KIA Motor yang di ‘rebadge’ kepada TIMOR untuk pasaran Indonesia.

20140410_114512_mobnas-timor

Model KIA Sephia yang rebadge kepada S515 dibawa masuk ke Indonesia pada awal tahun 1996, kemudian kilang pemasangan siap dibina di Cikampek, Indonesia tahun yang sama.

Pada awalnya TIMOR menyasarkan menjual 70,000 unit setiap tahun. Pada tahun 1996 sehingga 1997 TIMOR di berjaya menjual S515 170,000 unit di Indonesia.

Pelbagai model dibangunkan dari S515 Limousine, kereta lumba litar, rally dan station wagon. Kilang pengeluaran di Cikampek, Indonesia adalah usaha sama dengan KIA Motor 30% dan TIMOR 70% kilang ini mampu menghasilkan 55 ribu kereta setiap tahun dan selebihnya akan diimport terus dari Korea.

Pada kemuncaknya jualan TIMOR berjaya menguasai 26% pasaran automotif Indonesia kerana permainan harga S515 yang harga separuh lebih murah dari harga Toyota Corolla.

Krisis kewangan Asia 1997

695975_720

Impak krisis kewangan Asia 1997 yang melanda menyebabkan pasaran TIMOR di Indonesia terjejas, dilaporkan hanya mampu menjual 19,471 unit kereta dan 40 ribu lagi tidak mempu dijual pada 1997 dan jualan pada 1998 hanya 2,400 unit sahaja di seluruh Indonesia.

Malah jualan kereta keseluruhan di Indonesia hanya 53 ribu unit sahaja berbanding hampir 400 ribu unit tahun-tahun sebelumnya.
TIMOR vs World Trade Organization (WTO)

Timor disaman negara luar

375433871 (1)

Bukan sahaja krisis ekonomi mengakhiri TIMOR, Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah menyaman TIMOR kerana melanggar program kereta nasional WTO.

WTO mendakwa TIMOR tidak menepati 60% komponen dihasilkan di Indonesia sebaliknya kereta yang siap dibina diimport terus dari Korea Selatan dan diistihar sebagai kereta nasional. TIMOR telah kalah dimahkamah kepada WTO pada oktober 1996. Berikut dikongsikan sebuah gambar lama kereta keluaran TIMOR.

121028335_10158927582892996_2780442978409420331_o

1. Iklan TIMOR
2. SUV yang dirancang oleh TIMOR menggunakan enjin dari Lamborghini
3. Presiden Suharto ketika pelancaran TIMOR S515
4. Kilang TIMOR yang terbiar setelah TIMOR muflis pada tahun 1997, sebahagian komponen dan panel kereta masih kekal di dalam kilang.

Tonton Perlumbaan drag antara Proton X50, BMW X1 dan Honda HR-V yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Tonton Perlumbaan ‘Drag’ Antara Proton X50, BMW X1 Dan Honda HR-V

Boleh Dilakukan Walau Berbadan Kurus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Tolak Kereta Seorang Diri

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhamad Qalif. Beliau merupakan seorang yang aktif di Facebook mengongsikan mengenai bidang automotif dan ketenteraan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka