Sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun 2021 dan menunjukkan isu keganasan rumah tangga memerlukan intervensi dan kerjasama pelbagai pihak.
Terbaharu, tular video di TikTok dikongsi oleh @capykaa menunjukkan situasi cemas apabila seorang lelaki bertindak mengasari isteri dan anaknya di tepi jalan. Situasi tersebut berjaya ditangani apabila dua orang awam datang membantu dan melindungi wanita bersama anaknya.
Dia jadi tak gempak. Dia nampak memalukan bila kau marah bini depan orang. Apa lagi sampai tahap maki hamun,pukul bini depan orang. Brader pegang spanar tu betul tahan sabar tu. Kalau tidak bocor kepala laki bodo tu. pic.twitter.com/MklOgjMWqx
— Ustaz Edit Lew (@rudyakhbar_) January 30, 2022
Dapat dilihat menerusi video tersebut lelaki itu mengambil anaknya secara paksa walaupun ditegah oleh isterinya. Video tersebut tular di media sosial selepas dikongsi kembali di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan suami yang mengasari isterinya di tempat umum. Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji orang awam yang cuba membantu wanita dan anaknya itu.
Another fucking reason to not get married + pregnant. Trauma budak tu la astaghfirullah https://t.co/D4Qpq5eV4t
— ☀️ (@aishahzarini) February 1, 2022
That’s what we called know your partner well. If u sense dia someone yg abusive boleh bye2 dah rasanya… https://t.co/0luzig0X0z
— _iamNoorshazfiqa (@iamnoorshazfiqa) February 1, 2022
Lelaki panas baran ni takde had umur, education dan kerjaya. Saya pernah lihat depan mata sorg suami ketuk kepala isteri dia kt pasar malam. Suami sorg kontraktor kaya, isteri pula pegawai kerajaan. Lebih menyedihkan mereka jiran saya dan ibu saya bela anak2 depa masa tu. https://t.co/77yECGQOyG
— Ahmad Harís 🇵🇸🇵🇸 (@ahmadhaaris1435) February 1, 2022
Thank you abang spanar for protecting the wife. 🙏🏻 Our society selalu tak nak masuk campur bila nampak laki bini gaduh. If it gets too much, please step in and protect those that need it. https://t.co/nEBPlOX5oK
— A. I. (@alyirdna) January 31, 2022
Tidak hanya itu, para netizen turut berasa kagum dengan lelaki yang membantu wanita dan anaknya itu kerana tetap bersabar walaupun memegang sepana. Rata-rata netizen juga menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut dan bimbang budak kecil itu akan berasa trauma.
Oleh itu, rata-rata netizen turut berpendapat bahawa pentingnya mengenali pasangan agar tidak tersalah pilih dan kelak menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental. Para netizen turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu wanita dan anaknya itu.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Sedar Selepas Sebulan Beli Di Decathlon, Kalimah Allah Pada ‘Ground Mat’ Bikin Netizen Terkejut