Seorang pencuri kadang-kadang tidak bertindak bijak dalam setiap kelakuannya dan ada juga yang tidak berfikir panjang dalam melakukan suatu perkara.

Terbaharu, berlaku di Indonesia. Seorang pencuri telah memuat naik di laman Facebook satu motosikal yang dicuri bagi tujuan menjual kepada orang bagi mendapatkan wang yang cepat. Apa yang dia tidak fikir adalah kemungkinan besar mangsa kecurian motosikal tersebut melihat posting tersebut di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik motosikal tersebut dikatakan telah mencari motosikalnya di ruang internet bagi menjejaki motosikalnya yang hilang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mencari motosikalnya apabila dia terjumpa satu gambar yang mengiklankan motosikalnya.

Dia tidak bertindak secara melulu, tetapi sebaliknya dia bercadang untuk ‘membeli’ motosikal itu kembali.

Dia sebelum itu membuat laporan polis dan membawa polis ke tempat yang dipersetujui untuk berjumpa dengan pencuri tersebut. Mereka dikatakan bersetuju untuk berjumpa di satu jambatan selepas tiga hari motosikal itu dicuri.

Apabila pencuri itu muncul di jambatan, dia disambut oleh sekumpulan polis dan terus digari. Dia ditahan di atas kesalahan mencuri motosikal.

Yenni Diarty, seorang pegawai polis berkata kepada CNN Indonesia bahawa pencuri tersebut ditahan ketika dia sedang menunggu pemilik asal motosikal tersebut. Walau bagaimanapun, pencuri tersebut menyatakan bahawa dia juga adalah mangsa keadaan kerana motosikal itu juga dibeli dari pencuri yang lain.

Apa yang jelas, mengambil harta orang itu satu perkara yang salah dan tidak bertanggungjawab dari sisi seorang manusia.

Berikut adalah artikel kami yang lain mengenai kecurian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

4 Jenis Pencuri Yang Wujud Di KLCC

8 Perkara Ini Mungkin Punca Rumah Anda ‘Dipecah Masuk’ Pencuri

Pencuri Gula-Gula Comel Ini Rancang Strategi Menghapuskan Bukti “Jenayahnya”