Kadang-kadang ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘mencari rezeki’ melalui kesusahan orang lain dengan membuat sabotaj supaya mangsa mencari mereka untuk mendapatkan ‘pertolongan’.

Terbaharu tular satu rakaman dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal turun daripada kenderaannya untuk mengutip objek dipercayai paku yang ditabur oleh pihak tidak bertanggungjawab.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1395396162786447361?s=20

Selepas beberapa saat penunggang motosikal tersebut mengutip paku, datang seorang ‘abang Grab’ turut serta membantunya. Menerusi video tersebut, kita dapat lihat sejumlah besar paku telah ditabur pada laluan tersebut memenuhi bahagian kiri jalan tersebut.

Ramai pengguna media sosial memuji tindakan mereka berdua kerana telah membantu kenderaan orang lain daripada terkena paku.

vocket-penunggang-motosikal-tolong-kutip-paku-1
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
vocket-penunggang-motosikal-tolong-kutip-paku-2
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

https://twitter.com/superwhitesia/status/1395405425537814530?s=20

https://twitter.com/blondetohijab/status/1395408611468214273?s=20

Walaupun pertolongan mereka nampak kecil, tetapi ia sangat besar maknanya buat pengguna-penguna jalan raya yang lain. Mungkin lebih ramai pengguna jalan raya menghadapi masalah ‘tayar pancit’ jika tiada siapa yang prihatin dengan kehadiran paku di jalan tersebut.

Seorang lelaki ‘kantoi’ apabila perbuatannya menabur pasir dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Berang Dengan Penunggang Motosikal, Lelaki Ini Balas Dendam Dengan Tabur Pasir Atas Jalan Raya

‘Geng Kereta’ Bersatu Tumpaskan Pencuri Honda City Raih Pujian Netizen

Sumber