Angka kutipan tayangan filem sangat penting untuk memastikan sesebuah filem itu mendapat sambutan atau tidak. Bagaimana jika angka kutipan tayangan telah dipadamkan? Pastinya bukti sesebuah filem itu mendapat sambutan seperti tidak ‘wujud’ dan tiada ketelusan dalam data yang ditunjukkan.

Difahamkan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kini tidak lagi memaparkan angka kutipan tayangan di laman sesawangnya. Perkara itu telah dibangkitkan oleh sebuah production house, Kuman Pictures dalam perkongsiannya di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, laman sesawang FINAS tidak lagi memaparkan kesemua angka kutipan filem Malaysia sejak awal tahun dan angka pada tahun-tahun sebelum ini turut dipadam.

Berhubung perkara tersebut, Kuman Pictures mengatakan bahawa angka kutipan filem bermanfaat bukan sahaja untuk pembikin filem tetapi pelabur, pengulas atau penganalisa yang ingin ketahui trend, dan juga peminat filem.

Mengulas lanjut tentang isu ini, apabila angka kutipan dirahsiakan, tiada ketelusan untuk orang awam mengetahui kejayaan dan sambutan sesebuah filem itu. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai yang tertanya-tanya mengapa tiada lagi angka kutipan filem.

Screenshot 2020-08-12 at 11.27.59 AM

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa ketelusan itu penting dan berharap data-data tersebut akan dikembalikan. Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Wajar atau tidak angka tersebut tidak ditunjukkan pada umum?

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan FINAS pada pautan di bawah ini.

‘Dekat Kampung Pun Belum Tentu Jaguh Lagi’- Artis Sindir FINAS Mahu Filem Malaysia Ke Oscar

Kesemua Penggambaran Filem Termasuk Di Media Sosial Perlu Mendapatkan Lesen FINAS

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?