Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan yang perlu ada dalam diri setiap individu. Namun sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat.

Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan seorang lelaki sanggup taruhkan nyawa untuk mengalih sesuatu objek di tengah jalan raya yang sibuk meraih perhatian orang ramai. Kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Sg Buloh menghala ke Utara.

Majoriti netizen memuji tindakan lelaki itu yang mengalihkan objek tersebut kerana sifat bertanggungjawab yang menebal di dalam dirinya itu, tidak semua orang sanggup melakukan perkara sedemikian.

https://twitter.com/the_sixs/status/1201111470177579010

Diharapkan kelakuannya itu dijadikan contoh kerana tindakan beraninya itu telah selamatkan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, netizen puji usaha pemuda ini bantu selesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Tindakan Pantas Orang Ramai Bantu Tolak Kereta Terbalik Dipuji Netizen

Pelajar Kumpul Wang Hadiahkan Jam Tangan Untuk Tukang Cuci Buat Netizen Terharu

Sumber