Sejak penggunaan dashcam pada kenderaan semakin meluas, lebih banyak salah laku pengguna jalan raya telah dirakam, lebih-lebih lagi daripada dashcam van ambulans.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah lori towing telah ‘melambatkan’ dengan memandu di hadapan van ambulans yang mahu bergegas melepasi trafik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1390257317564719104?s=20

Tindakan pemandu lori towing itu telah menyebabkan laluan trafik bertambah sesak ekoran saiz lori yang besar berbanding kenderaan yang lain. Bahkan van ambulans tersebut nyaris berlanggar kerana lori itu tiba-tiba brek secara mengejut.

Dalam video tersebut juga kedengaran pemandu van ambulans membuat pengumuman melalui pembesar suara, “Hey, you ambulans ke belakang ambulans?”.

Rakaman video pendek itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang kurang senang dengan tindakan kurang bertimbang rasa pemandu lori tersebut dan ada juga yang menyatakan van ambulans akan tersangkut lebih lama jika lori tersebut berhenti di tepi jalan.

vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-3
Sumber Gambar: Klip.Neraka
vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-4
Sumber Gambar: Klip.Neraka
vocket-lori-towing-ganggu-ambulans
Sumber Gambar: Klip.Neraka
vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-1
Sumber Gambar: Klip.Neraka
vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-2
Sumber Gambar: Klip.Neraka

Berdasarkan video yang dikongsikan, jika anda seorang pemandu lori towing, apakah keputusan paling betul yang anda akan lakukan?

Pada akhir bulan Mac lalu, ada seorang pemandu Proton Wira telah menjadi escort yang tidak diundang untuk sebuah jentera bomba dalam kecemasan.

Netizen Geleng Kepala Lihat Pemandu Wira Jadi ‘Escort’ Tidak Diundang Jentera Bomba

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza

Sumber