Seperti yang kita sedia maklum, orang ramai harus menjaga tatasusila di tempat awam khususnya pawagam dimana keselesaan menjadi keutamaan bagi orang ramai.

Tular di laman Twitter dimana seorang pengguna Twitter @4samm_, memuat naik dua keping gambar keadaan lantai di sebuah pawagam yang dipenuhi dengan kulit kuaci. Akan tetapi lokasi tempat kejadian tidak didedahkan oleh lelaki tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar yang dimuat naik di akaun twitternya sejak hari Ahad lalu sehingga ke hari ini telah menerima lebih 4,500 retweet daripada netizen.

https://twitter.com/4samm_/status/1180866564997799937

Hasil daripada perkongsian  tersebut, pelbagai komen daripada netizen membanjiri ruangan posting tweet berkenaan.

Rata-rata netizen mengutuk keras tindakan pengotor individu yang melakukan perkara tersebut. Ada yang menggelar individu tidak bertanggungjawab itu sebagai beruk, hamster dan ada juga yang menggelar mereka binatang.

P/S: Makanan luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam mana-mana pawagam di seluruh Malaysia.

Anda berminat untuk belajar membuat roti goreng coklat yang viral baru-baru ini? Klik pautan di bawah untuk belajar cara membuatnya.

Resipi Roti Goreng Coklat Viral Yang Sedap Dan Mudah Anda Boleh Cuba

Resipi Boba ‘Fresh’ Viral Anda Boleh Cuba Di Rumah

Chris Evans Buka Mulut Isu Viral ‘Number Neighbor’

Sumber