Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan rakyatnya yang ramah dan suka memberi pertolongan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Walaupun terdapat beberapa provokasi dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memecah belahkan keharmonian kaum sejak kebelakangan ini, tetapi video ini membuktikan rakyat Malaysia tetap bersatu jika melihat sesuatu musibah berlaku di depan mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam, tular di laman Twitter di mana seorang netizen @PhoebeShafinaz, memuat naik sebuah video kemalangan melibatkan sebuah kereta. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya.

Video yang dimuat naik di akaun twitternya sejak semalam itu telah menerima lebih 3,700 retweet daripada netizen.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan sebuah kereta Honda yang sudah pun berada dalam keadaan terbalik dan dapat dilihat beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian bergegas ke kereta tersebut untuk membantu mangsa.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah keperihatinan yang ditunjukkan oleh orang ramai yang berbilang kaum, di mana ada di antara mereka yang memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat keadaan mangsa dan memberi bantuan kepada mangsa berkenaan.

Majoriti netizen meninggalkan komen di ruangan posting berkenaan dengan memuji tindakan pantas orang awam yang membantu ketika kejadian tersebut berlaku.

Baru-baru ini viral di media sosial, di mana insiden langgar lari berjaya di rakam di dash cam sebuah kereta. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Insiden Langgar Lari Ini Terima Respon Pelbagai Daripada Netizen

Pemandu Myvi Yang Kemalangan Di Thailand Dilaporkan Tidak Mempunyai Lesen Memandu