Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sangka, tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola pada sidang media menjelang pertarungan dengan Hungary yang lalu telah mengakibatkan kerugian yang besar buat syarikat pengeluar air terbesar dunia tersebut. Tetapi itulah hakikatnya jika anda seorang pemain ternama dan mempunyai reputasi untuk menganggu ‘ekonomi’ sebuah institusi.

Dipetik dari Give Me Sport, Ronaldo yang menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Hungary di peringkat kumpulan Euro 2020 semalam telah mencetuskan keributan di media sosial. Pada sidang media sebelum perlawanan, dia telah bertindak mengalihkan dua botol minuman berkarbonat dan menggantikannya dengan sebotol air kosong berjenama Aqua.

Bintang Portugal berusia 36 tahun terbabit sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang tidak gemar dengan minuman ringan bergula. Sikapnya yang mementingkan tubuh badan yang sihat dan fizikal yang baik pernah tular sebelum ini apabila dia bertindak memarahi anaknya kerana gemar makan atau minum produk makanan ringan. Bagi Ronaldo, tabiat itu buruk dan tidak baik untuk kesihatan badan.

Apa yang menariknya, tindakan Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola pada sidang media Euro 2020 telah memberi kesan negatif kepada jenama tersebut. Marca melaporkan saham syarikat jenama minuman terbesar di dunia itu mengalami kerugian akibat daripada tindakan Ronaldo.

Kerugian yang dicatatkan bukanlah sedikit, tetapi melibatkan berbilion dolar. Dalam laporan terbabit, Marca mendakwa bahawa Coca-Cola yang mulanya mencatatkan nilai sebanyak USD$ 242 bilion akhirnya terpaksa akur dengan kejatuhan nilai ke paras USD$ 238 bilion. Ini bermakna, tindakan kecil Ronaldo dengan mengalihkan dua botol minuman tersebut telah menyebabkan syarikat tersebut kerugian sebanyak USD$ 4 bilion.

Sebelum ini, saham Coca-Cola merekodkan USD$ 56.10 dolar sewaktu pasaran saham dibuka pada pukul 3 petang di Eropah. 30 minit kemudian, semasa Ronaldo dan Fernando Santos hadir ke ruang sidang media di Stadium Puskas Ferenc di Budapest, saham syarikat tersebut dilaporkan turun ke paras terendah iaitu USD$ 55.22 sesaham.

Sejak insiden terbabit, Coca-Cola yang juga penaja utama Euro 2020 masih belum memberikan apa-apa maklum balas mengenai tindakan Ronaldo. UEFA juga mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengeluar apa-apa kenyataan. Namun beberapa sumber dari media antarabangsa melaporkan bahawa dua organisasi itu ‘tidak senang’ dengan tindakan Ronaldo.

Cristiano Ronaldo bayar ‘nafkah’ RM400,000 sebulan kepada teman wanitanya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Cristiano Ronaldo Bayar ‘Nafkah’ RM400,000 Sebulan Kepada Teman Wanitanya

Cristiano Ronaldo Menjadi Manusia Pertama Dengan 200 Juta Pengikut Di Instagram

Cristiano Ronaldo ‘Bakal’ Turun Ke Indonesia Bagi Hadiri Majlis Perkahwinan Peminat

Anda Mungkin Suka