Merakam perbuatan jahat yang dilakukan diri sendiri mungkin bukanlah perkara yang paling bijak untuk dilakukan terutamanya di 2020 dengan segala teknologi kini hanya berada di hujung jari.

Seperti yang dilakukan sekumpulan pemuda ini yang merakam perbutaan mereka mengacau dan mengganggu seorang wanita tua dalam kejadian yang difahamkan berlaku di Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video pendek berdurasi 30 saat yang tular di media sosial itu, sekumpulan pemuda itu dilihat mengganggu wanita terbabit dengan cubaan untuk menakut-nakutkan beliau.

sepak

Antara aksi yang berjaya dirakam dalam video tersebut adalah ugutan untuk melakukan tendangan ala kick boxing dan melastik wanita berkenaan sebelum beliau melarikan diri.

Bukan sahaja diacukan sepakan dan lastik, malah wanita itu turut kedengaran memberitahu beliau telah dibidas menggunakan lastik oleh salah seorang pemuda terbabit yang berada di bahagian sebelah kiri video.

“Tadi dah bidas aku, apa lah perangai manusia ini,” lontar wanita tersebut sebelum melarikan diri dalam ketakutan.

Anda boleh menonton perkongsian penuh yang tular di Facebook di bawah.

Dikecam netizen

Dan seperti perbuatan-perbuatan kejam lain yang dirakam dan dikongsikan di media sosial, ia terus menjadi tular dan menerima kecaman daripada netizen.

Bukan sahaja mempersoalkan kelakuan pemuda-pemuda terbabit malah netizen juga pada sama turut meminta agar mereka yang terlibat dalam video berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

komen22 komen1

kom44

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai penjelasan warga asing yang bergelut dengan warga asing di ibu kota sebelum ini di pautan di bawah.

Tular Warga Asing Bergelut Dengan Polis, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Sebelum Kejadian

Gara-Gara Tidak Kunci Pintu Ketika Isi Minyak, Kereta Wanita Ini Dilarikan Di Depan Mata

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen Biadap Netizen Di Instagram