Pada lewat malam semalam tular beberapa rakaman video satu kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor.

Seorang saksi menyatakan pergerakan kenderaan perlahan ketika itu dan tiba-tiba datang sebuah lori terus merempuh beberapa kenderaan lain. tidak lama kemudian beberapa kenderaan terus terbakar dan api marak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang lelaki menjerit memanggil isterinya dan memberitahu pengguna jalan raya lain bahawa isterinya berada di dalam kereta yang terbakar. Bagaimanapun orang ramai hanya mampu menenangkan lelaki tersebut dan membawanya jauh dari tempat kejadian demi keselamatan semua pihak.

Ramai yang berkongsi rakaman video tersebut, namun didapati ada segelintir pihak meletakkan  ‘link Shopee’ bagi sesiapa ingin menonton video terbabit.

Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook

Tindakan meletakkan pautan itu telah mendatangkan rasa kurang puas hati di kalangan netizen. Mereka mendakwa pihak-pihak terbabit seolah-olah ‘menangguk di air keruh’ atas kesusahan yang dihadapi oleh orang lain.

Bagaimanapun, ada netizen menyatakan pautan tersebut memang mengandungi rakaman video kejadian. Mereka menggunakan ‘link Shopee’ kerana bimbang pihak Facebook akan menyekat akaun mereka atas kesalahan melanggar polisi dengan memuat naik video sensitif di platform tersebut.

Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook

Tambah netizen lagi, platform Shopee mempunyai ciri Feed yang membolehkan penjual Shopee berinteraksi dengan pengguna Shopee lain dengan memuat naik konten berupa gambar atau video.

Dengan ciri ‘Shopee Feed’ itu juga, penjual boleh tag produk dan baucar yang mereka jual. Sementara pengguna Shopee lain boleh like, komen dan share konten berkenaan, sama seperti platform media sosial lain — Facebook, TikTok dan Instagram.

Namun netizen tetap pertikai tindakan itu kerana ada sahaja pihak-pihak lain yang boleh memuat naik video-video berkenaan tanpa perlu meletakkan ‘link Shopee’.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, seorang maut manakala empat lagi selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, iaitu lori Isuzu, Proton Wira dan Proton Preve.

Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri. Dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat, lapor Harian Metro.