Sebut mengenai anak, sudah pastinya secara lumrah tugas penjagannya diletakkan kepada pihak ibu bapa. Di tambah pula dengan keadaan masa kini, sudah tentu para ibu bapa perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih ketat dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat sebuah pasangan selaku penyewa di sebuah apartment di Kuala Lumpur memilih untuk meninggalkan anak mereka kepada pihak pengawal keselamatan.

Bukan itu sahaja, mereka turut meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan sewaktu pihak pengawal sedang melaksanakan tugas pertukaran untuk melakukan rondaan di semua aras blok B apartment berkenaan.

Situasi menjadi tegang apabila penyewa berkenaan mendapati pihak pengawal keselamatan berkenaan tidak menjaga anak serta meluahkan kata-kata kesat beserta cubaan ugutan melakukan kekerasan fizikal. Penyewa berkenaan turut mengugut untuk menamatkan kontrak pihak pengawal berkenaan.

https://twitter.com/WXYZ______/status/1454685125594157057

Insiden tersebut berjaya dileraikan oleh seorang individu awam yang mendakwa dirinya sebagai penjaga kepada pihak pengawal berkenaan di blok tersebut. Beliau turut merakam dan menasihati pasangan berkenaan untuk menjaga anak sendiri daripada melepaskan tangan kepada pihak pengawal.

Berdasarkan isu yang berlaku, individu awam tersebut turut mencabar pasangan ini membuat laporan polis sekiranya berada di pihak yang benar. Isu ini nampaknya telah mendapat perhatian pihak pengurusan apartment berkenaan dan dimaklumkan pihak polis juga sedia menjalankan siasatan susulan.

Minggu lalu turut menyaksikan seorang minah saleh yang membuat kecoh di Dior dan BSC gara-gara dihalang memasuki premis kerana enggan memakai pelitup muka.

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Tular Tidak Pakai Pelitup Muka Di Butik Dior, Minah Saleh Ini Telah Dikompaun RM3,000