Bercakap tentang pengorbanan, setiap orang pasti pernah membuat pengorbanan demi keluarga tercinta, bukan? Demi keluarga, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mengembirakan mereka.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila anak kepada penyanyi Sham Visa kongsikan pengorbanan Sham untuk membesarkan beliau yang ramai tidak tahu. Menurut anaknya, Sham Visa telah korbankan perkara yang paling disukai iaitu menyanyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/mochizafran/status/1191317294665748480

Untuk pengetahuan anda, Sham merupakan vokalis kumpulan Visa satu ketika dahulu sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni dan bekerja di pelantar minyak demi keluarganya.

Malah, Sham juga mengatakan tidak kesal kerana meninggalkan dunia seni sebelum ini menerusi laporan Berita Harian. Selain itu, ada netizen yang berkongsi bahawa Sham pernah menjadi tenaga pengajar di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Rata-rata netizen cukup terharu dengan perkongsian anak beliau dan mengatakan bahawa pengorbanan yang dilakukan oleh beliau adalah apa yang seorang bapa akan lakukan untuk keluarganya.

Malah, netizen juga berharap bahawa anak beliau akan mengingati pengorbanan ayahnya dan berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak. Apakah pengorbanan ayah yang masih anda ingati sehingga sekarang?

Apabila sudah dewasa, pasti pelbagai perkara tidak seperti yang kita bayangkan ketika kecil. Tahukah anda apa 5 perkara paling mengecewakan ketika dewasa?

Ini Top 5 Perkara Paling Mengecewakan Apabila Kita Sudah Dewasa

5 Pengalaman Paling ‘Seram’ Hasil Perkongsian Pembaca Vocket

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser