Bukan hanya sebuah mimpi dan impian, jika berusaha pasti dapat direalisasikan. Inilah cerita seorang lelaki berusia 50 tahun tinggalkan pekerjaannya yang stabil memilih untuk merealisasikan impian sebagai pembuat kek perkahwinan.

Zulkiflee Mawan yang kini seorang pembuat kek, dahulunya beliau sebagai pengurus bank di Jabatan Pengurusan Risiko. Difahamkan beliau bekerja dalam bidang perbankan selama 25 tahun dan mengambil keputusan untuk berhenti bekerja selepas berasa ‘burnout’ di tempat kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah Zulkiflee Mawan dikongsikan oleh anaknya Aiman melalui laman sosial Twitter dan mendapat perhatian netizen. Apa kata kita ikuti kisah Zulkiflee Mawan yang mungkin anda boleh jadikan sebagai inspirasi untuk kejar impian anda.

Pada mulanya, ia bukanlah kerana minat tetapi hanya sekadar ingin mencuba selepas beliau meletakkan jawatan dan siapa sangka percubaan pertamanya membuat kek menjadi, lalu mendorong beliau untuk menjadi seorang pembuat kek.

Tidak mempunyai pengetahuan tentang pembuatan kek, beliau mulakan langkah belajar dengan mengambil kelas di Malaysia dan turut ke Paris untuk tingkatkan skil beliau dalam pembuatan kek di Le Cordon Bleu. Malah, beliau juga ke Tokyo untuk belajar teknik istimewa menghasilkan ‘sugar flower’.

Hasil keazaman yang tinggi dan tidak berputus asa, beliau yang kini berusia 56 tahun telah berjaya membuka sebuah kafe Banker2Baker terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, Zulkiflee juga pernah mengatur satu acara pameran kek dikenali ‘The Cake Walk’ pada April 2019.

Ketika dihubungi, Zulkiflee berkata supaya jangan cepat putus asa dan kena selalu bekerja keras. Setiap halangan yang kita tempuh itu, kita harus bersabar dan tidak boleh putus asa.

Tambahnya lagi, dalam setiap yang kita lakukan perlu ada perancangan supaya kita boleh kenal pasti punca setiap masalah untuk memudahkan kita mencari penyelesaian. Semoga kisah Zulkiflee ini akan memberikan inspirasi buat anda agar tidak berputus asa dalam mengejar impian anda.

Sementara itu, apa kata baca kisah penuh inspirasi lain yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah.

Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’, Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Sumber