Isu penyewa bermasalah bukanlah sebuah isu yang baru malah, ia merupakan sebuah masalah yang sering dihadapi oleh tuan rumah. Diharapkan rumah yang disewa boleh dijaga dengan rapi namun sayang sekali, bukan itu yang terjadi.

Begitulah juga nasib tuan rumah yang telah berkongsi rasa terkilan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Dalam video-video tersebut beliau mendedahkan sikap pengotor bekas penyewa rumahnya yang difahamkan telah pindah tanpa sebarang notis.

Perkongsian yang telah dibuat oleh gadis yang dikenali sebagai Ayu Intan (@ayintanx) berkenaan isu penyewa itu telah tular di TikTok. Menerusi perkongsiannya, bekas penyewa tersebut bukan sahaja telah meninggalkan rumah dengan keadaan yang teruk malah ditambah pula dengan bil yang tertunggak.

https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928351922017619202?_d=secCgYIASAHKAESMgowJycLfZkZqMbxklo8LM83ssillwzoCiXiTEYfqAuW7LANerjmdQs5JeauAmKklzvSGgA%3D&language=en&mid=6928351905278069505&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAASzTq9JHQHlR386ted_EyUXRKBhTvJFj89ep46ul4cpyaRX7BaT5wMhi3QQMuIleg&share_app_name=tiktok&share_item_id=6928351922017619202&share_link_id=d9e4858c-92f0-407e-8bbf-149348ce9d8f&timestamp=1613634885&u_code=df1f6d8ck85kkf&user_id=6882778133185348609&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t

https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928415721785478401?_d=secCgYIASAHKAESMgow3h3hXaEXARACbcmX2HQezBAEMMJkoV%2FQDWzR6qw%2Bn1bhhWULbGd5pcIvQlxJIDXTGgA%3D&language=en&mid=6928415690080668417&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAASzTq9JHQHlR386ted_EyUXRKBhTvJFj89ep46ul4cpyaRX7BaT5wMhi3QQMuIleg&share_app_name=tiktok&share_item_id=6928415721785478401&share_link_id=19291d11-a089-422c-9197-157b77c45b0a&timestamp=1613634967&u_code=df1f6d8ck85kkf&user_id=6882778133185348609&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t

https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928612859433848065?_d=secCgYIASAHKAESMgowjwFM0pBQgR24FtxyUoQcAJaFQIU%2FtYWzXpWuSB1FcrPPFROsNHkoKWBoOKV8XiY4GgA%3D&language=en&mid=6928612799187159810&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAFbSVuM4vzUrHKr1AK6rlsAr7DGHsXnxmzjpWPHoRvQS3zPXB11Iy39o1eGhX9fII&share_item_id=6928612859433848065&share_link_id=D00AE10E-D59D-4605-A2FF-720578C27581&timestamp=1613616690&tt_from=copy&u_code=da2gh25l23476f&user_id=6774218189553386497&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t

https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928720477544271106?_d=secCgYIASAHKAESMgowJycLfZkZqMbxklo8LM83ssillwzoCiXiTEYfqAuW7LANerjmdQs5JeauAmKklzvSGgA%3D&language=en&mid=6928351905278069505&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAASzTq9JHQHlR386ted_EyUXRKBhTvJFj89ep46ul4cpyaRX7BaT5wMhi3QQMuIleg&share_app_name=tiktok&share_item_id=6928351922017619202&share_link_id=d9e4858c-92f0-407e-8bbf-149348ce9d8f&timestamp=1613634885&u_code=df1f6d8ck85kkf&user_id=6882778133185348609&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

 

Difahamkan, rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga itu merupakan rumah keluarganya. Menerusi perkongsiannya, Intan nyata kecewa dengan sikap bekas penyewa tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Bersepah dan dipenuhi najis tikus, itulah gambaran yang ditunjukkan beliau menerusi video yang telah dimuat naik. Dalam pada itu, Intan turut juga mendapati bahawa bekas penyewa tersebut turut mempunyai tunggakan bil air sebanyak RM224.91 dan bil elektrik terkini yang telah mencecah sebanyak RM3,431.50

Menurut Intan, perkongsian tersebut dibuat bukanlah untuk membuka aib bekas penyewa rumahnya. Sebaliknya, beliau berkongsi agar perkara tersebut boleh dijadikan sebagai sebuah pengajaran.

Baca lagi perkongsian kami yang lain mengenai isu yang tular di media sosial melalui pautan di bawah.

Suami Sempat ‘Selfie’ Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit

Sumber